Thursday, May 29, 2008

PENGENALAN PERSATUAN KONTRAKTOR TELEKOMUNIKASI BUMIPUTRA MALAYSIA

PERSATUAN KONTRAKTOR TELEKOMUNIKASI BUMIPUTRA MALAYSIA
No Fail:PPM/SEL : 1391/99(2)
PPM/SEL : 289/99

Nama asal: PERSATUAN KONTRAKTOR TELEKOMUNIKASI BUMIPUTRA SELANGOR DAN WILAYAH

Telah ditubuhkan pada 30hb.Dissember.1999 yang beralamat : BA-07-01, JALAN CAHAYA 1,TAMAN CAHAYA INDAH, 68000 AMPANG SELANGOR DARUL EHSAN.
Dibawah Seksyen 7 Akta pertubuhan 1966 yang nombor pendaftarannya ialah 1649. Pada awalnya Persatuan ini telah diterajui oleh Hj.Aziz Hj. Ahmad sebagai yang diPertua

KEAHLIAN

Keahlian adalah terbuka kepada semua Kontraktor Bumiputra yang berdaftar dengan Telekom Malaysia, warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas dan menjalankan Perniagaan di Malaysia.

PINDAAN PELEMBAGAAN PERTUBUHAN

Pada tarikh 14hb. November.2003 Persatuan Kontraktor Bumiputra Selangor dan Wilayah Persekutuan telah membuat permohonan menukar nama/alamat/Meminda undang-undang dan laian-lain tanda melalui Pendaftarn Pertubuhan 1966, Peraturan-peraturan Pertubuhan7(1)
Pada tarikh 11hb.Februari.2004 pemohonan Pindaan Pelembagaan Persatuan telah diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan Malaysia melalui Ruj P.PM, Sel. 1391/99 dan Ruj P.P.P Sel.298/99

KERTAS PINDAAN.

Fasa 1. Nama:

Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Kontraktor Telekomunikasi Bumiputra Malaysia

Fasa 2. Keahlian

Keahlian adalah terbuka kepada semua Kontraktor Bumiputra yang berdaftar dengan Telekom Malaysia. Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas dan menjalankan perniagaan di Malaysia.

TUJUAN DAN MATLAMAT PERSATUAN

Mengabungkan semua Kontraktor Bumiputra dalam bidang telekomunikasi yang berdaftar dengan TM

Membantu diantara satu sama lain jika terdapat kekurangan kepakaran didalam mana-mana bidang Telekomunikasi

Berkerjasama diantara satu sama lain bagi menaik taraf ekonomi ahli.

BAYARAN MASUK DAN YURAN

Setiap ahli akan dikenakan bayaran:

Bayaran masuk : RM 100.00( Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja )
Yuran bulanan : RM 30.00 ( Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja )

CARTA ALIRAN PENGURUSAN

1. Kewajipan - Kewajipan Pegawai Yang Dipertua dalam tempoh menyandang jawatan adalah mejadi pengurusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Ahli Jawatankuasa dan bertanggungjawab kepada semua perjalanan mesyuarat. Yang dipertua juga hendaklah menandatangni semua cek Persatuan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.

2. Naib Yang Dipertua adalah memangku jawatan yang Pertua semasa ketiadaan Yang Dipertua

3. Setiausaha adalah menjalan kerja-kerja pentadbiran Persatuan mengikut undang-undang dan menjalankan perintah mesyuarat agung. Bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan buku-buku, surat kertas dan minit mesyurat.

4. Penolong Setiausaha hendaklah menolong setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan Setiausaha ketika ketiadaannya

5. Bendahari bertanggungjawab dalam hal kewangan Persatuan. ia hendaklah menyimpan kira-kira kewangan Persatuan

6. Ahli Jawatankuasa biasa hendakalah membantu Pegawai dan Jawatankuasa dalam menjalankan tugas apabila diarahkan

JAWATANKUASA

Satu Jawatankuasa yang dinamakan Pegawai Persatuan akan dipuluhkan dalam mesyuarat Agung Tahunan
  • Seorang Yang Dipertua
  • Seorang Naib Yang DiPertua
  • Seorang Setiausaha
  • Seorang Penolong Setiausaha
  • Seorang Bendahari
  • 10 orang Ahli Jawatankuasa Biasa
  • 2 orang Pemeriksa Kira-kira
  • 3 orang Pemegang Amanah
  • dan boleh melantik Penaung

No comments: