Thursday, July 31, 2008

PERMOHONAN KAJIAN SEMULA KADAR HARGA KERJA KERJA PEMASANGAN TALIAN TELEFON C.O.D KEPADA TELEKOM MALAYSIA

PERMOHONAN KAJIAN SEMULA KADAR HARGA KERJA KERJA PEMASANGAN TALIAN TELEFON
COD

# OBJEKTIF PERMOHONAN
MEMOHON AGAR SATU KAJIAN SEMULA KADAR BAYARAN PEMASANGAN TALIAN TELEFON ( C.O.D ) KEPADA SATU KADAR YANG BERSESUAIAN DENGAN EKONOMI SEMASA.

# RASIONAL RAYUAN

# Kadar bayaran semasa bagi pemasangan COD buat masa
ini tidak lagi sesuai kerana ketiadaan kenaikan setelah
hampir 8 tahun digunapakai.
# Kenaikan kos “ Overhead “ ( Gaji, Sewa Pejabat, KWSP, SOCSO, Peralatan Pejabat dsb ). Kadar semasa (anggaran 20% - 40% setahun)
# Kadar Kenaikan Diesel/Petrol yang melambung (ang. melebihi 40%)
#
Kos selenggaraan kenderaan lori/van yang tinggi.
# Kos penggunaan bil telefon untuk temujanji dengan pelanggan.
# Bank Guarantee dan Insurance.
# Penggunaan telefon bimbit pada kadar yang tinggi mengurangkan pemasangan DEL.
# Sebagai salah sebuah syarikat milik kerajaan ( GLC ), yang bertanggungjawab membantu kontraktor kontraktor Bumiputera,
bersesuaian dengan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ), sepertimana yang di
war warkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

SEJARAH KADAR BAYARAN KERJA KERJA PEMASANGAN

NO

TAHUN

KADAR BAYARAN

CARA BAYARAN

1


2

3

1997 – 1998


1999 – 2000

2001 - SEKARANG

60.00


60.00

30.00

SECARA LANTIKAN
TENDER

LOCAL ORDER

KUTIPAN TUNAI

MELALUI

PELANGGAN


Keperluan Asas Kontraktor Bagi Kerja Kerja
Pemasangan Talian Telefon COD

# Berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor ( PKK )

Dalam Kepala VIII ( 8 ), Sub kepala 2 (a) dan 2 (b).

# Berdaftar dengan Kewangan Telekom Malaysia

# Milik Bumiputra 100%

# Berdaftar dengan CIDB

# Berdaftar sebagai Kelas “ F “ ( PKK ).

# Keutamaan kepada bekas bekas anggota TM

# Berdaftar dengan KWSP dan PERKESO

PERATURAN DAN PERJANJIAN (SLA) YANG KETAT ANTARA PIHAK KONTRAKTOR DAN TM

# Pejabat Operasi Yang Lengkap. ( Peralatan komunikasi spt:

Telefon, Mesin Fax, Komputer serta juga Kerani Pejabat ) untuk di hubungi oleh

pihak TM.

# Simpanan rekod rekod pemasangan Dan telefon pelanggan.

# Kakitangan Pemasangan Yang “ Competent “ serta berkursus

dan lulus Certifiying Agency ( CA ).

# Kad ID TM ( Untuk Pekerja Pemasangan )

# Uniform Yang Lengkap

# Peralatan Pemasangan sepertimana didalam SLA

# Kenderaan Yang Berdaftar ( Lori & Van )

# OSHA ( Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja )

# NIOSH ( National Institute Of Occupational Safety And Health )

Anggaran Untung Rugi Bagi Kerja Kerja Pemasangan COD

1. Pendapatan

Pemasangan purata 5 pelanggan sehari

RM 30.00 x 5 pelanggan x 23 hari RM3,450.00

2. Perbelanjaan

a. Gaji Pekerja (RM1,000.00 x 2 Org) RM2,000.00

b. Penggunaan Diesel/Petrol RM 700.00

c. Ansuran kenderaan/Insuran/Cukai Jalan/Selenggaraan RM 700.00

d. Operasi Pejabat ( Gaji Kerani, sewa Pejabat, bil dsb ) RM1,200.00

e. Susut Nilai ( Peralatan Pejabat Dan Pemasangan ) RM 200.00

f. Gaji Pengurus RM1,500.00

Jumlah RM6,300.00

Pendapatan Bersih Kontraktor -RM2,850.00 (RUGI)


CADANGAN KENAIKAN HARGA COD

Pihak Persatuan ingin mencadangkan agar kadar bayaran

bagi kerja kerja Pemasangan ( C.O.D ) dinaikan daripada

RM30.00 kepada RM80.00, bagi setiap pemasangan. Ia

nya bersesuaian dan juga seimbang dengan kadar bayaran

bagi pemasangan Streamyx dan juga kesan kenaikan

petrol/diesel serta kenaikan lain lain keperluan semasa.

Kadar kenaikan mempunyai margin keuntungan sebanyak

20.6% yang mana ianya adalah wajar dan munasabah.


UNJURAN KEUNTUNGAN COD PADA HARGA BARU

1. Pendapatan

Pemasangan purata 5 pelanggan sehari

RM80.00 x 5 pelanggan x 23 hari RM9,200.00

2. Perbelanjaan

a Gaji Pekerja (RM1,200.00 x 2 org ) RM2,400.00

b Penggunaan Diesel/Petrol RM 1,000.00

c Ansuran Kenderaan/Insuran/Cukai Jalan dsb RM 800.00

d Operasi Pejabat( Gaji Kerani, Sewa Pejabat dsb) RM1,400.00

e Susut nilai ( Peralatan Pejabat ) RM 200.00

f Gaji Pengurus RM1,500.00

Jumlah RM7,300.00

Pendapatan Bersih serta Margin Sebanyak 20.6% RM1,900.00

KEPADA AHLI PKTBM RASIONAL TAK RAYUAN INI. BERIKAN PENDAPAT ANDA

TERIMA KASIH.