Tuesday, November 11, 2008

KEMASKINI KELEWATAN PEMBAYARAN

PIHAK TM TELAH MENGHANTAR SURAT RESMI KEPADA PKTBM ATAS MASAALAH KELEWATAN PEMBAYARAN KEPADA KONTRAKTOR TM. OLEH ITU KERJASAMA HARUSLAH DIBERIKAN OLEH KONTRAKTOR TM UNTUK MENGISIKAN FORMAT SEPERTI BORANG LAMPIRAN GAMBAR, SENARAI KERJA-KERJA YANG BELUM DIJELASKAN BAYARAN OLEH FINANCE PIHAK TM.

Monday, November 3, 2008

SURAT RESMI TM KEPADA PKTBM LULUSKAN PU RATE PAIR IDENTIFICATION WORK UNTUK ESIDE DAN DSIDE


PIHAK PKTBM PUSAT TELAH MENERIMA SURAT RASMI DARI TM ATAS KERJA PAIR IDENTIFICATION WORK. UNTUK MAKLUMAN CONTRAKTOR PU TM, DUKACITA DIMAKLUMKAN KERJA PAIR IDENTIFICATION ESIDE DITURUNKAN HARGA DAN TUNTUTAN KERJA TERSEBUT, DSIDE DILULUSKAN DAN SEKARANG BOLEH DITUNTUT.
CUBA TETUAN LIHAT DRAFT YANG TELAH DIBUAT OLEH YDP DAN AJK PKTBM TENTANG PERKARA HARGA BARU ATAS PERKARA PU NO: 805470 PAIR IDENTIFICATION (WORKING PAIR) DAN 805480 PAIR IDENTIFICATION (NON- WORKING PAIR)
HARGA LAMA:
805470 PAIR IDENTIFICATION (WORKING PAIR) 6.31PR
805480 PAIR IDENTIFICATION (NON- WORKING PAIR) 5.25PR

HARGA BARU:
805470 PAIR IDENTIFICATION (WORKING PAIR) 3.55PR
805480 PAIR IDENTIFICATION (NON- WORKING PAIR) 2.95PR

DISINI KITA SAMA-SAMA BUAT ANALISIS LOGIKKAH PENURUNAN HARGA INI. BERIKAN COMMENT ANDA.....................

Thursday, July 31, 2008

PERMOHONAN KAJIAN SEMULA KADAR HARGA KERJA KERJA PEMASANGAN TALIAN TELEFON C.O.D KEPADA TELEKOM MALAYSIA

PERMOHONAN KAJIAN SEMULA KADAR HARGA KERJA KERJA PEMASANGAN TALIAN TELEFON
COD

# OBJEKTIF PERMOHONAN
MEMOHON AGAR SATU KAJIAN SEMULA KADAR BAYARAN PEMASANGAN TALIAN TELEFON ( C.O.D ) KEPADA SATU KADAR YANG BERSESUAIAN DENGAN EKONOMI SEMASA.

# RASIONAL RAYUAN

# Kadar bayaran semasa bagi pemasangan COD buat masa
ini tidak lagi sesuai kerana ketiadaan kenaikan setelah
hampir 8 tahun digunapakai.
# Kenaikan kos “ Overhead “ ( Gaji, Sewa Pejabat, KWSP, SOCSO, Peralatan Pejabat dsb ). Kadar semasa (anggaran 20% - 40% setahun)
# Kadar Kenaikan Diesel/Petrol yang melambung (ang. melebihi 40%)
#
Kos selenggaraan kenderaan lori/van yang tinggi.
# Kos penggunaan bil telefon untuk temujanji dengan pelanggan.
# Bank Guarantee dan Insurance.
# Penggunaan telefon bimbit pada kadar yang tinggi mengurangkan pemasangan DEL.
# Sebagai salah sebuah syarikat milik kerajaan ( GLC ), yang bertanggungjawab membantu kontraktor kontraktor Bumiputera,
bersesuaian dengan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ), sepertimana yang di
war warkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

SEJARAH KADAR BAYARAN KERJA KERJA PEMASANGAN

NO

TAHUN

KADAR BAYARAN

CARA BAYARAN

1


2

3

1997 – 1998


1999 – 2000

2001 - SEKARANG

60.00


60.00

30.00

SECARA LANTIKAN
TENDER

LOCAL ORDER

KUTIPAN TUNAI

MELALUI

PELANGGAN


Keperluan Asas Kontraktor Bagi Kerja Kerja
Pemasangan Talian Telefon COD

# Berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor ( PKK )

Dalam Kepala VIII ( 8 ), Sub kepala 2 (a) dan 2 (b).

# Berdaftar dengan Kewangan Telekom Malaysia

# Milik Bumiputra 100%

# Berdaftar dengan CIDB

# Berdaftar sebagai Kelas “ F “ ( PKK ).

# Keutamaan kepada bekas bekas anggota TM

# Berdaftar dengan KWSP dan PERKESO

PERATURAN DAN PERJANJIAN (SLA) YANG KETAT ANTARA PIHAK KONTRAKTOR DAN TM

# Pejabat Operasi Yang Lengkap. ( Peralatan komunikasi spt:

Telefon, Mesin Fax, Komputer serta juga Kerani Pejabat ) untuk di hubungi oleh

pihak TM.

# Simpanan rekod rekod pemasangan Dan telefon pelanggan.

# Kakitangan Pemasangan Yang “ Competent “ serta berkursus

dan lulus Certifiying Agency ( CA ).

# Kad ID TM ( Untuk Pekerja Pemasangan )

# Uniform Yang Lengkap

# Peralatan Pemasangan sepertimana didalam SLA

# Kenderaan Yang Berdaftar ( Lori & Van )

# OSHA ( Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja )

# NIOSH ( National Institute Of Occupational Safety And Health )

Anggaran Untung Rugi Bagi Kerja Kerja Pemasangan COD

1. Pendapatan

Pemasangan purata 5 pelanggan sehari

RM 30.00 x 5 pelanggan x 23 hari RM3,450.00

2. Perbelanjaan

a. Gaji Pekerja (RM1,000.00 x 2 Org) RM2,000.00

b. Penggunaan Diesel/Petrol RM 700.00

c. Ansuran kenderaan/Insuran/Cukai Jalan/Selenggaraan RM 700.00

d. Operasi Pejabat ( Gaji Kerani, sewa Pejabat, bil dsb ) RM1,200.00

e. Susut Nilai ( Peralatan Pejabat Dan Pemasangan ) RM 200.00

f. Gaji Pengurus RM1,500.00

Jumlah RM6,300.00

Pendapatan Bersih Kontraktor -RM2,850.00 (RUGI)


CADANGAN KENAIKAN HARGA COD

Pihak Persatuan ingin mencadangkan agar kadar bayaran

bagi kerja kerja Pemasangan ( C.O.D ) dinaikan daripada

RM30.00 kepada RM80.00, bagi setiap pemasangan. Ia

nya bersesuaian dan juga seimbang dengan kadar bayaran

bagi pemasangan Streamyx dan juga kesan kenaikan

petrol/diesel serta kenaikan lain lain keperluan semasa.

Kadar kenaikan mempunyai margin keuntungan sebanyak

20.6% yang mana ianya adalah wajar dan munasabah.


UNJURAN KEUNTUNGAN COD PADA HARGA BARU

1. Pendapatan

Pemasangan purata 5 pelanggan sehari

RM80.00 x 5 pelanggan x 23 hari RM9,200.00

2. Perbelanjaan

a Gaji Pekerja (RM1,200.00 x 2 org ) RM2,400.00

b Penggunaan Diesel/Petrol RM 1,000.00

c Ansuran Kenderaan/Insuran/Cukai Jalan dsb RM 800.00

d Operasi Pejabat( Gaji Kerani, Sewa Pejabat dsb) RM1,400.00

e Susut nilai ( Peralatan Pejabat ) RM 200.00

f Gaji Pengurus RM1,500.00

Jumlah RM7,300.00

Pendapatan Bersih serta Margin Sebanyak 20.6% RM1,900.00

KEPADA AHLI PKTBM RASIONAL TAK RAYUAN INI. BERIKAN PENDAPAT ANDA

TERIMA KASIH.

Sunday, June 8, 2008

APA KAITAN PERSATUAN P.K.T.B.M DENGAN GABEM

click disini layari website GABEM:
www.gabem.org.my

Adakah perlu kita duduk dibawah afiliasi badan NGO INI? Sama-sama kita ahli-ahli persatuan fikirkan. Harus diingat buat masa ini persatuan kita tiada penaung yang kuat untuk kita mengusulkan masaalah besar kita dengan syarikat GLC. GABEM adalah satu badan pendesak untuk kita mengemukan masaalah kita untuk masa mendatang.

Thursday, May 29, 2008

MAKLUMAT SYARAT KEAHLIAN/BORANG/PEMBAYARAN P.K.T.B.M

EMAIL PERSATUAN P.K.T.B.M: pktbm1649@gmail.com
WEB/BOLG PERSATUAN P.K.T.B.M:
http://www.perpktbm.blogspot.com/ (buka web/blog ini dgn google/mozila firefox)

SYARAT-SYARAT KEAHLIAN:

1. AHLI BARU MESTILAH MENDAPAT PERSETUJUAN DARIPADA AHLI YANG SEDIA ADA.

2. MESTI ADA CONTARACT KERJA DARIPADA TELEKOM MALAYSIA SEKURANG-KURANGNYA COD ATAU PU MINI JKH.

3. BERDAFTAR DENGAN P.K.K. KELAS F, TELEKOM MALAYSIA

4. CARA BAYARAN KEAHLIAN SILA LIHAT DIATAS BORANG PERMOHONAN.

5. TUAN-TUAN BOLEH MEMBUAT PEMBAYARAN SECARA CEK BANK IN( BAYAR KEPADA P.K.T.B.M ATAU INTERNET BANKING, EON BANK BERHAD NO AKAUN:
0095100004544

6. SALINAN PEMBAYARAN FAX:03-87231676 EMAIL PERSATUAN P.K.T.B.M: pktbm1649@gmail.com untuk makluman Bendahari: ABD.RAHIM MANSOR H/P 0193180587

7. CLIK BORANG DAN PRINT.

AL FATIHAH. PENGASAS PERSATUAN KONTRAKTOR TELEKOMUNIKASI BUMIPUTRA MALAYSIA

PERSATUAN KONTRAKTOR TELEKOMUNIKASI BUMIPUTRA MALAYSIA DIASASKAN OLEH ALLAHYARHAM TUAN HJ.AZIZ BIN HJ.AHMAD

SEKITAR MESYUARAT AGUNG P.K.T.B.M KE-4/GAMBAR/KEPUTUSAN AHLI JAWATANKUASA DILANTIK 2007-2008










































AHLI JAWATANKUASA YANG
DILANTIK PADA MESYUARAT
AGUNG KEEMPAT
PERSATUAN KONTRAKTOR
TELEKOMUNIKASI BUMIPUTRA MALAYSIA
PADA: 27HB.MEI 2008 MASA:
08.30-05.30 PTG TEMPAT: KELAB DARULEHSAN AMPANG, SELANGOR.


YANG DIPERTUA EN. RAZALI YUSUF H/P NO: 019 2660304

NAIB YANG DIPERTUA EN. KHAIRUDIN ABU.BAKAR H/P NO:019 2167001

SETIAUSAHA EN. ABD.YASIN IBRAHIM H/P NO: 019 2334645

PENOLONG SETIAUSAHA EN. MOHD FARID ABD .RAHMAN

H/P NO: 013 3940092

BENDAHARI EN. ABD.RAHIM MANSOR H/P NO: 019 3180587


AHLI JAWATANKUASA

EN. NAYAN HASAN BASRI H/P NO: 013 3402005
EN. HJ.KASIM MAT ZAIN H/P NO: 019 6625931
EN. TAMIN ISMAIL
EN. DAUD OSMAN H/P NO: 012 2888754
EN. MUSTAFA YEOP ISHAK H/P NO: 012-2034003
EN.MOHD. ZAIN H/P NO: 012 3209562
HJ.ROSHIDI BIN ABDULLAH H/P NO: 019 2072184
ABANG MOHAMAD ABANG BORHAN H/P NO: 013 38020870

TAHNIAH. JALANKAN TUGAS ANDA DENGAN BAIK DEMI PERSATUAN P.K.T.B.M

PENGENALAN PERSATUAN KONTRAKTOR TELEKOMUNIKASI BUMIPUTRA MALAYSIA

PERSATUAN KONTRAKTOR TELEKOMUNIKASI BUMIPUTRA MALAYSIA
No Fail:PPM/SEL : 1391/99(2)
PPM/SEL : 289/99

Nama asal: PERSATUAN KONTRAKTOR TELEKOMUNIKASI BUMIPUTRA SELANGOR DAN WILAYAH

Telah ditubuhkan pada 30hb.Dissember.1999 yang beralamat : BA-07-01, JALAN CAHAYA 1,TAMAN CAHAYA INDAH, 68000 AMPANG SELANGOR DARUL EHSAN.
Dibawah Seksyen 7 Akta pertubuhan 1966 yang nombor pendaftarannya ialah 1649. Pada awalnya Persatuan ini telah diterajui oleh Hj.Aziz Hj. Ahmad sebagai yang diPertua

KEAHLIAN

Keahlian adalah terbuka kepada semua Kontraktor Bumiputra yang berdaftar dengan Telekom Malaysia, warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas dan menjalankan Perniagaan di Malaysia.

PINDAAN PELEMBAGAAN PERTUBUHAN

Pada tarikh 14hb. November.2003 Persatuan Kontraktor Bumiputra Selangor dan Wilayah Persekutuan telah membuat permohonan menukar nama/alamat/Meminda undang-undang dan laian-lain tanda melalui Pendaftarn Pertubuhan 1966, Peraturan-peraturan Pertubuhan7(1)
Pada tarikh 11hb.Februari.2004 pemohonan Pindaan Pelembagaan Persatuan telah diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan Malaysia melalui Ruj P.PM, Sel. 1391/99 dan Ruj P.P.P Sel.298/99

KERTAS PINDAAN.

Fasa 1. Nama:

Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Kontraktor Telekomunikasi Bumiputra Malaysia

Fasa 2. Keahlian

Keahlian adalah terbuka kepada semua Kontraktor Bumiputra yang berdaftar dengan Telekom Malaysia. Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas dan menjalankan perniagaan di Malaysia.

TUJUAN DAN MATLAMAT PERSATUAN

Mengabungkan semua Kontraktor Bumiputra dalam bidang telekomunikasi yang berdaftar dengan TM

Membantu diantara satu sama lain jika terdapat kekurangan kepakaran didalam mana-mana bidang Telekomunikasi

Berkerjasama diantara satu sama lain bagi menaik taraf ekonomi ahli.

BAYARAN MASUK DAN YURAN

Setiap ahli akan dikenakan bayaran:

Bayaran masuk : RM 100.00( Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja )
Yuran bulanan : RM 30.00 ( Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja )

CARTA ALIRAN PENGURUSAN

1. Kewajipan - Kewajipan Pegawai Yang Dipertua dalam tempoh menyandang jawatan adalah mejadi pengurusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Ahli Jawatankuasa dan bertanggungjawab kepada semua perjalanan mesyuarat. Yang dipertua juga hendaklah menandatangni semua cek Persatuan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.

2. Naib Yang Dipertua adalah memangku jawatan yang Pertua semasa ketiadaan Yang Dipertua

3. Setiausaha adalah menjalan kerja-kerja pentadbiran Persatuan mengikut undang-undang dan menjalankan perintah mesyuarat agung. Bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan buku-buku, surat kertas dan minit mesyurat.

4. Penolong Setiausaha hendaklah menolong setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan Setiausaha ketika ketiadaannya

5. Bendahari bertanggungjawab dalam hal kewangan Persatuan. ia hendaklah menyimpan kira-kira kewangan Persatuan

6. Ahli Jawatankuasa biasa hendakalah membantu Pegawai dan Jawatankuasa dalam menjalankan tugas apabila diarahkan

JAWATANKUASA

Satu Jawatankuasa yang dinamakan Pegawai Persatuan akan dipuluhkan dalam mesyuarat Agung Tahunan
  • Seorang Yang Dipertua
  • Seorang Naib Yang DiPertua
  • Seorang Setiausaha
  • Seorang Penolong Setiausaha
  • Seorang Bendahari
  • 10 orang Ahli Jawatankuasa Biasa
  • 2 orang Pemeriksa Kira-kira
  • 3 orang Pemegang Amanah
  • dan boleh melantik Penaung