Thursday, July 31, 2008

PERMOHONAN KAJIAN SEMULA KADAR HARGA KERJA KERJA PEMASANGAN TALIAN TELEFON C.O.D KEPADA TELEKOM MALAYSIA

PERMOHONAN KAJIAN SEMULA KADAR HARGA KERJA KERJA PEMASANGAN TALIAN TELEFON
COD

# OBJEKTIF PERMOHONAN
MEMOHON AGAR SATU KAJIAN SEMULA KADAR BAYARAN PEMASANGAN TALIAN TELEFON ( C.O.D ) KEPADA SATU KADAR YANG BERSESUAIAN DENGAN EKONOMI SEMASA.

# RASIONAL RAYUAN

# Kadar bayaran semasa bagi pemasangan COD buat masa
ini tidak lagi sesuai kerana ketiadaan kenaikan setelah
hampir 8 tahun digunapakai.
# Kenaikan kos “ Overhead “ ( Gaji, Sewa Pejabat, KWSP, SOCSO, Peralatan Pejabat dsb ). Kadar semasa (anggaran 20% - 40% setahun)
# Kadar Kenaikan Diesel/Petrol yang melambung (ang. melebihi 40%)
#
Kos selenggaraan kenderaan lori/van yang tinggi.
# Kos penggunaan bil telefon untuk temujanji dengan pelanggan.
# Bank Guarantee dan Insurance.
# Penggunaan telefon bimbit pada kadar yang tinggi mengurangkan pemasangan DEL.
# Sebagai salah sebuah syarikat milik kerajaan ( GLC ), yang bertanggungjawab membantu kontraktor kontraktor Bumiputera,
bersesuaian dengan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ), sepertimana yang di
war warkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

SEJARAH KADAR BAYARAN KERJA KERJA PEMASANGAN

NO

TAHUN

KADAR BAYARAN

CARA BAYARAN

1


2

3

1997 – 1998


1999 – 2000

2001 - SEKARANG

60.00


60.00

30.00

SECARA LANTIKAN
TENDER

LOCAL ORDER

KUTIPAN TUNAI

MELALUI

PELANGGAN


Keperluan Asas Kontraktor Bagi Kerja Kerja
Pemasangan Talian Telefon COD

# Berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor ( PKK )

Dalam Kepala VIII ( 8 ), Sub kepala 2 (a) dan 2 (b).

# Berdaftar dengan Kewangan Telekom Malaysia

# Milik Bumiputra 100%

# Berdaftar dengan CIDB

# Berdaftar sebagai Kelas “ F “ ( PKK ).

# Keutamaan kepada bekas bekas anggota TM

# Berdaftar dengan KWSP dan PERKESO

PERATURAN DAN PERJANJIAN (SLA) YANG KETAT ANTARA PIHAK KONTRAKTOR DAN TM

# Pejabat Operasi Yang Lengkap. ( Peralatan komunikasi spt:

Telefon, Mesin Fax, Komputer serta juga Kerani Pejabat ) untuk di hubungi oleh

pihak TM.

# Simpanan rekod rekod pemasangan Dan telefon pelanggan.

# Kakitangan Pemasangan Yang “ Competent “ serta berkursus

dan lulus Certifiying Agency ( CA ).

# Kad ID TM ( Untuk Pekerja Pemasangan )

# Uniform Yang Lengkap

# Peralatan Pemasangan sepertimana didalam SLA

# Kenderaan Yang Berdaftar ( Lori & Van )

# OSHA ( Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja )

# NIOSH ( National Institute Of Occupational Safety And Health )

Anggaran Untung Rugi Bagi Kerja Kerja Pemasangan COD

1. Pendapatan

Pemasangan purata 5 pelanggan sehari

RM 30.00 x 5 pelanggan x 23 hari RM3,450.00

2. Perbelanjaan

a. Gaji Pekerja (RM1,000.00 x 2 Org) RM2,000.00

b. Penggunaan Diesel/Petrol RM 700.00

c. Ansuran kenderaan/Insuran/Cukai Jalan/Selenggaraan RM 700.00

d. Operasi Pejabat ( Gaji Kerani, sewa Pejabat, bil dsb ) RM1,200.00

e. Susut Nilai ( Peralatan Pejabat Dan Pemasangan ) RM 200.00

f. Gaji Pengurus RM1,500.00

Jumlah RM6,300.00

Pendapatan Bersih Kontraktor -RM2,850.00 (RUGI)


CADANGAN KENAIKAN HARGA COD

Pihak Persatuan ingin mencadangkan agar kadar bayaran

bagi kerja kerja Pemasangan ( C.O.D ) dinaikan daripada

RM30.00 kepada RM80.00, bagi setiap pemasangan. Ia

nya bersesuaian dan juga seimbang dengan kadar bayaran

bagi pemasangan Streamyx dan juga kesan kenaikan

petrol/diesel serta kenaikan lain lain keperluan semasa.

Kadar kenaikan mempunyai margin keuntungan sebanyak

20.6% yang mana ianya adalah wajar dan munasabah.


UNJURAN KEUNTUNGAN COD PADA HARGA BARU

1. Pendapatan

Pemasangan purata 5 pelanggan sehari

RM80.00 x 5 pelanggan x 23 hari RM9,200.00

2. Perbelanjaan

a Gaji Pekerja (RM1,200.00 x 2 org ) RM2,400.00

b Penggunaan Diesel/Petrol RM 1,000.00

c Ansuran Kenderaan/Insuran/Cukai Jalan dsb RM 800.00

d Operasi Pejabat( Gaji Kerani, Sewa Pejabat dsb) RM1,400.00

e Susut nilai ( Peralatan Pejabat ) RM 200.00

f Gaji Pengurus RM1,500.00

Jumlah RM7,300.00

Pendapatan Bersih serta Margin Sebanyak 20.6% RM1,900.00

KEPADA AHLI PKTBM RASIONAL TAK RAYUAN INI. BERIKAN PENDAPAT ANDA

TERIMA KASIH.

2 comments:

roshidi said...

Askm,saya hj Roshidi dari Multiple menyokong penuh diatas cadangan harga yang dimajukan oleh pihak persatuan. tq

Anonymous said...

Akum dan salam sejahtera, saya Datu Mohd Khuddar dari pihak Perniagaan Mulia PU Mini JKH Sabah pada dasarnya menyokong penuh hasrat PKTBM dalam hal ini dan selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan sumber ekonomi pihak kontraktor bumiputera malaysia tidak terjejas selaras dengan keadaan ekonomi pada masa ini. Sekian dan Wassalam....